More

    PDRM umumkan tarikh perjalanan rentas negeri sewaktu PKP, boleh mohon di aplikasi Gerak Malaysia

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa anda boleh memohon untuk perjalanan rentas negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mendaftar dalam aplikasi Gerak Malaysia. Kini, PDRM telah mengumumkan jadual untuk perjalanan merentas negeri begi setiap negeri bermula 1 hingg 3 Mei ini. Mereka yang berminat untuk berbuat demikian boleh memohon sebelum 29 April.

    Pada 29 April, anda boleh memeriksa aplikasi Gerak Malaysia jika permohonan anda diluluskan. Perjalanan antara negeri hanya dibenarkan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti membeli barang-barang keperluan, mendapatkan rawatan perubatan, kecemasan keluarga seperti kematian atau membaiki kenderaan anda yang telah rosak.

    Jika permohonan anda diluluskan, sebuah kod QR akan dijanakan dalam aplikasi Gerak Malaysia agar anda boleh melalui sekatan jalanraya. Berikut adalah jadual perjalan rentas negeri pada 1-3 Mei:

    • 1 Mei: dari Perak, Johor dan Kelantan
    • 2 Mei: dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
    • 3 Mei: dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

    Butiran selanjutnya akan dimaklumkan pada bulan ini. PDRM mengingatkan bahawa ini hanyalah layak untuk mereka yang sebelum ini tersangkut di universiti atau kampung sewaktu PKP diperkenalkan pada 18 Mac. Anda boleh memuat turun aplikasi beta Gerak Malaysia di Google Play Store atau Apple App Store.

    Tentunya ini memudahkan rakyat kerana mereka tidak perlu lagi pergi ke balai polis untuk memohon perjalanan rentas negeri pada waktu PKP. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia pada bulan hadapan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured