More

    Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) mula beroperasi secara rasmi pada 28 Julai ini

    Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan beroperasi secara rasmi pada 28 Julai ini sebagai agensi utama yang menyelaras pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia. NAIO yang kini beroperasi di bawah inkubasi MyDIGITAL Corporation akan diberikan kuasa yang lebih jelas untuk mengurus dan menyelaras hal ehwal berkaitan AI di peringkat nasional.

    Institusi itu akan bertanggungjawab merangka dasar, tadbir urus serta pembangunan ekosistem AI negara bagi menyokong aspirasi Malaysia menjadi sebuah negara berteraskan AI menjelang 2030. NAIO mula dilancarkan pada Disember 2024 sebagai inisiatif strategik di bawah Kementerian Digital untuk mempercepatkan pembangunan dan penggunaan teknologi AI di negara ini.

    Penubuhannya turut menjadi sebahagian daripada usaha Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai hab digital dan AI serantau. Gobind memaklumkan bahawa kerajaan sedang memuktamadkan rangka kerja tadbir urus AI yang akan menjadi panduan kepada pembangunan dan penggunaan teknologi tersebut secara bertanggungjawab.

    Sebuah unit khusus dalam NAIO kini sedang merangka kerangka berkenaan. Selain itu, kerajaan juga sedang menubuhkan pejabat piawaian AI yang akan beroperasi di bawah NAIO dan berpangkalan di Cyberjaya bagi menyokong pembangunan standard serta amalan terbaik berkaitan teknologi AI di Malaysia.

    Langkah menginstitusikan NAIO dilihat sebagai antara usaha penting kerajaan dalam mempercepatkan agenda AI negara termasuk pelaksanaan Pelan Tindakan AI Nasional 2026-2030 yang dijangka menjadi pemacu utama transformasi digital Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...