More

    Pekerja kilang yang hasilkan iPhone di India protes, mengamuk kerana isu tak bayar gaji

    Kami pernah memaklumkan mengenai beberapa jenama telefon pintar yang berhasrat untuk menghasilkan telefon melalui kilang di India. Terkini, sekumpulan pekerja di tapak kilang Wistron, Bengaluru, India telah melakukan tindakan protes akibat isu kelewatan pembayaran gaji. Untuk pengetahuan anda, kilang Wistron terlibat dalam penghasilan telefon pintar untuk beberapa jenama termasuklah iPhone.

    Menurut laporan, pekerja-pekerja tersebut meminta syarikat untuk melunaskan bayaran yang telah ditangguh sejak beberapa bulan lalu. Perkara ini telah membangkitkan kemarahan pekerja yang seterusnya melakukan protes terhadap harta benda kilang. Dilaporkan, pemprotes telah merosakkan perabot kilang, komputer dan beberapa peralatan kilang.

    Selain itu, mereka turut membuat cubaan untuk membakar kenderaan kepunyaan syarikat dan merosakkan beberapa kenderaan yang berada di sekitar kilang tersebut. Kebanyakan kerosakan adalah di kawasan hadapan kilang sahaja.

    Apa pun, pihak berkuasa di India sudah mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sepintas lalu, Wistron ialah sebuah tapak kilang penghasilan telefon pintar untuk beberapa jenama termasuk Apple yang berada di kawasan perindustrian Narasapura, Bengaluru.

    Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Indian Express

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured