More

    Pelaburan Forex sah haram kerana ada unsur riba!

    Pelaburan bukanlah perkara baru memandangkan pelbagai bentuk pelaburan telah wujud sejak dahulu. Namun, pelaburan moden berbentuk pertukaran mata wang asing antarabangsa ini dilapor haram di sisi Islam memandangkan ia memiliki unsur riba.

    Perkara ini dilapor haram di sisi Islam melalui Wacana al-Quran siri ke-86 bertajuk Forex: Fatwa Siapa Diambil yang bersiaran langsung di Kumpulan Media Karangkraf pada Isnin lalu. Pelaburan forex dinyatakan haram kerana ia mengandungi harta ribawi iaitu mata wang dan unsur-unsur riba.

    Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, Nabi Muhammad SAW sudah memberi panduan berkenaan cara untuk menukar duit agar ianya kekal halal. Mengikut panduan tersebut, serahan setelah berlakunya penukaran mata wang berbeza mesti diserahkan segera. Jika tidak diserahkan segera dan ada penangguhan, ia akan pergi ke hukum riba.

    Moderator Fazrul (kiri) bersama dua panelis wacana al-Quran iaitu Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy, Mustafar Mohd Suki (dua dari kiri) dan Ahmad Sufian (tiga dari kiri) dan Qari Ustaz Ahmad Tirmizi (kanan).

    Tambah beliau, Imam Malik juga tidak suka dengan perkara ini dan kalau boleh ingin mengharamkan penukaran wang kecuali individu tersebut bertakwa. Takwa yang dimaksudkan adalah individu perlu tahu hukum mengenai tukaran mata wang asing dan berusaha mengelak dari riba kerana perkara ini sangat dekat dengan riba. Jika ada kelewatan, bermakna sudah berlaku riba.

    “Jika sudah diberi nasihat tapi kita tetap melakukan (terlibat forex), kita degil dan cuba cari fatwa yang kata forex tidak haram, ALLAH akan isytihar perang dan perang di akhirat amat azab. Berhati-hatilah dengan dosa besar ini,” katanya.

    Beliau turut menambah bahawa pendidikan fiqh mualat adalah penting kerana terdapat ramai yang terlibat dengan riba. Sebuah dapatan kajian ke atas individu yang terlibat dengan skim cepat kaya menyatakan ramai orang Melayu terlibat dengan riba kerana fiqh muamalat yang rendah.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

    "
    "

    Gambar utama dari Forex Live

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured