More

    Pelajar 18-20 tahun boleh dapatkan kredit e-tunai RM200 bermula 26 Jun 2023

    Pada hari ini, Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan sebuah program bantuan kewangan untuk golongan belia iaitu eBeliaRahmah. Melalui program ini, belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bermula hari Isnin, 26 Jun 2023 jam 8:00 pagi.

    Jumlah RM200 secara sekali (one-off) ini akan diberikan dalam bentuk kredit e-tunai dalam tiga pilihan e-dompet iaitu Boost, Setel atau Touch ‘n Go eWallet. Nilai yang diberi ini adalah lebih tinggi berbanding RM150 yang diberi pada tahun lalu.

    Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan para belia dan menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang:

    • Berumur 18 ke 20 tahun pada 2023 (lahir pada 2003 hingga 2005)
    • Pelajar sepenuh masa di IPT tempatan

    Mereka yang layak boleh mendaftar dan menuntut kredit eBelia Rahmah bermula 26 Jun hingga 22 Ogos 2023. Ia boleh dibelanjakan secara luar talian (offline) sehingga 31 Ogos 2023.

    Di bawah Belanjawan 2023, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM400 juta untuk program eBeliaRahmah yang boleh dimanfaatkan oleh dua juta belia yang layak. Seperti bantuan e-kredit oleh kerajaan sebelum ini, penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points).

    Kami berharap bantuan ini boleh membantu golongan pelajar dalam melengkapkan pengajian mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kementerian Kewangan

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured