More

    Pelajar universiti kehilangan RM84,600 selepas ditipu dengan pelaburan Bitcoin

    Seorang pelajar universiti swasta di Melaka telah menjadi mangsa scam Bitcoin yang diiklankan di Facebook, di mana beliau telah kehilangan RM84,600 selepas ditipu. Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial Melaka Supt E Sundra Rajan mengatakan mangsa berumur 25 tahun itu telah ditipu selepas berinteraksi dengan dalang scam melalui WhatsApp.

    Dalam scam yang berlaku pada 5 Januari itu, mangsa diberitahu boleh mendapatkan pulangan mewah dalam masa 72 jam selepas melabur dan diarah untuk mendaftarkan diri dalam sebuah laman web pada 5-8 Januari. Beliau kemudian membuat pemindahan wang ke lima akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM84,600.

    Selepas menyedari bahawa ia adalah satu scam, mangsa kemudian membuat laporan pada 8 Januari di balai polis Tengkera. Kes itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan penipuan. Supt Sundra mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal waspada dan tidak terpedaya dengan iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

    TechNave berharap para pembaca tidak terpedaya dengan lambakan scam pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured