More

    Pelajar yang tiada akses Internet boleh menonton TV Okey untuk pendidikan – KPM

    Terdapat pelbagai platform atau cara untuk kekalkan rutin pembelajaran anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Platform secara dalam talian banyak diperkenalkan. Semestinya, ia dapat memudahkan urusan pembelajaran di antara tenaga pengajar dan pelajar. Namun, apakah nasib pelajar yang tidak mempunyai akses mencukupi untuk menggunakan kemudahan ini? Jawapannya – TV pendidikan.

    Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa mereka akan mula mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen (TV) pendidikan melalui saluran baru RTM yang diberi nama TV Okey. TV Okey dijangka mula beroperasi pada minggu hadapan. TV pendidikan ini mempunyai siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

    Usaha ini adalah penting agar pelajar daripada semua golongan tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran dan mendapat akses dalam pendidikan. Apa pun, jika tenaga pengajar mempunyai kaedah tersendiri untuk penyampaian pengajaran, KPM memberi kelonggaran untuk tenaga pengajar menggunakannya.

    Luahkan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...