More

    Pelan baharu Yoodo sediakan penjimatan sehingga 10% untuk lanjutan tempoh sah

    Pengguna telko Yoodo kini boleh melanjutkan tempoh sah dan dapat menjimatkan sehingga 10% pada pelan yang dipilih. Pengguna Yoodo boleh memilih pelan data RM30 atau RM45 tetapi dengan diskaun untuk penggunaan jangka panjang.

    Jika menggunakan pelan asas sebelum ini, pengguna akan dapat menikmati diskaun 5% selama 90 hari dan diskaun 10% selama 180 hari dengan syarat membayar jumlah yang perlu dibayar terlebih dahulu. Ini terpakai kepada pelan data RM45 seperti yang dilihat dalam imej di bawah.

    Ciri baharu ini terpakai kepada pengguna baharu dan sedia ada. Pengguna boleh memesan sim percuma melalui laman rasmi atau aplikasi Yoodo. Pengguna perlu memastikan bahawa SIM baharu atau pelan bulanan mereka diaktifkan dan memilih pelan berkelajuan tinggi kerana pelan tanpa had tidak layak mendapat diskaun.

    Kemudian, sesuaikan pelan telekomunikasi dengan pembelian minimum RM30/bulan bersama-sama dengan langganan tempoh pelan selama 90 atau 180 hari serta membuat pembayaran. Untuk maklumat lanjut tentang ciri ini, anda boleh melayari laman rasmi Yoodo.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured