More

    Pelan keluarga Xbox Game Pass mungkin dilancar tidak lama lagi, kongsi akaun di kalangan rakan

    Tidak lama lagi akan terdapat pelan keluarga Xbox Game Pass Ultimate Microsoft yang membolehkan anda berkongsi langganan dengan rakan. Terdapat satu Tweet yang dikatakan didapati daripada seorang pembocor Microsoft Store, Aggiornamenti Lumia berkongsi imej yang menunjukkan pelan itu akan membawa nama “Rakan dan Keluarga”. 

    Kami menganggap bahawa pelan tersebut dalam pembangunan dan ujian. Selain itu, Microsoft juga sedang menguji pelan keluarga Game Pass Ultimate untuk pelanggan berkongsi langganan mereka dengan sehingga empat orang selagi mereka berada di negara yang sama.

    Ciri ini akan menggalakkan lebih ramai orang untuk mencuba pelan baharu walaupun sebenarnya mereka amat berat dalam mempertimbangkan pelan sebegini. Dengan banyak pelancaran peranti pada bulan September ini, ia mungkin dilancarkan pada bulan yang sama atau Oktober.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured