More

    Pelan Pascabayar siri HONOR 200 melalui CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes serendah RM1/ bulan

    Siri HONOR 200 yang dilancarkan baru-baru ini hadir dalam dua versi iaitu HONOR 200 Pro dan HONOR 200 dengan harga bermula daripada RM1,899. Kedua-dua peranti ini boleh dimiliki melalui pelan pascabayar menarik daripada rakan telko seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes.

    Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan telefon pintar andalan estetik AI secara percuma dengan pelan terpilih. Siri HONOR 200 menawarkan nilai yang berbaloi dengan keupayaan fotografi bertaraf studio dan pengalaman Magic AI intuitif yang dipertingkatkan serta spesifikasi yang mesra bajet.

    CelcomDigi menawarkan HONOR 200 pada harga serendah RM1 sebulan dan HONOR 200 Pro mulai RM10 sebulan dengan Easy360. Dengan pelan Maxis Postpaid 109, HONOR 200 Pro boleh didapati dari RM90 sebulan, manakala HONOR 200 pada harga RM70 sebulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi CelcomDigi dan Maxis.

    HONOR 200 Pro pada harga serendah RM66 sebulan dan HONOR 200 pada RM49 sebulan dengan U PayLater termasuk ansuran 0% dan Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga 1,000GB serta Perayauan Global Percuma di 63 destinasi. Yes 5G pula menawarkan HONOR 200 Pro pada RM20 sebulan dan HONOR 200 secara percuma dengan pelan Yes Infinite+ Premium 118 Postpaid untuk kontrak 36 bulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi U Mobile dan Yes.

    Siri HONOR 200 menggabungkan perkakasan pengimejan berkuasa dengan pengalaman Magic AI yang meningkatkan kualiti imej, termasuk ciri AI Natural Tone 2.0 untuk paparan optimum dan AI Motion Sensing Capture untuk gambar subjek bergerak pantas. Tambahan ciri seperti Portal, Magic Capsule, Blur Privacy Info, Smart Folder dan AI Air Gestures melengkapkan pemerkasaan AI ini.

    Dapatkan maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200 dengan melayari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured