fbpx
More

    Pelan telko prabayar terbaik di Malaysia, setakat Disember 2022

    Dengan pelaksanaan 5G yang semakin meluas di Malaysia, anda sekarang mungkin sudah berminat untuk menaik taraf pelan telekomunikasi sedia ada atau melanggan kepada yang baharu. Sungguh pun begitu, jika anda masih mementingkan penjimatan kos, pelan prabayar masih lagi pilihan terbaik untuk berbuat sedemikian.

    Para pelanggan kini mempunyai banyak pilihan daripada beberapa syarikat penyedia telekomunikasi mudah alih (mobile network operators), jadi yang manakah paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda? Dalam artikel yang ditulis oleh penulis TechNave ini, kami ingin bantu anda membuat pilihan terbaik. Berikut adalah pelan prabayar mudah alih terbaik di Malaysia setakat Disember 2022:

    Celcom Xpax – Pelan fleksibel

    Celcom memberikan pelbagai fleksibiliti kepada anda dengan program Mix & Match. Pertama, anda perlu pilih antara pas bulanan, mingguan atau jam, jadi anda boleh pilih tempoh yang sesuai dengan bajet anda, tidak kiralah sekecil mana pun.

    Sebagai contoh, buat seorang pelajar yang ingin melanggan kepada pelan pertama beliau dan tidak mempunyai banyak wang, beliau boleh dapatkan pelan RM12 seminggu, di mana ia disertakan dengan panggilan tanpa had, internet mudah alih 3Mbps sebanyak 20GB dan data hotspot wayarles 1GB.

    Sungguh pun begitu, anda akan mendapat lebih banyak nilai jika anda membeli pas bulanan. Sebagai contoh, pas 30 hari sebanyak RM35 akan menerima internet 3Mbps sebanyak 60GB dan data hotspot wayarles 3GB. Jika anda inginkan pelan yang lebih laju, pelan bulanan 30GB High Speed menawarkan internet 4GB/5G sebanyak 30GB, panggilan tanpa had dan pas sebulan untuk Blacknut Cloud Gaming.

    Ini semua adalah pelan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Jika anda ingin ubah pelan di atas, Mix & Match membenarkan anda untuk cipta pelan sendiri mengikut keperluan. Semua pilihan yang ditawarkan boleh diketahui dalam laman web Celcom.

    Digi Next – Nilai terbaik

    Secara kasar, pelan prabayar Digi menawarkan nilai yang sangat baik. Syarikat itu menawarkan enam pelan prabayar yang telah ditetapkan dan hanya dibezakan mengikut harga dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh, pelan Next 30 (RM30 untuk 30 hari) memberikan anda internet berkelajuan tinggi sebanyak 20GB dan data wayarles hotspot 2GB.

    Sementara itu, pelan Next 35 menawarkan data 30GB, hotspot wayarles 3GB dan panggilan tanpa had. Dengan hanya tambahan RM5 berbanding Next 30, anda boleh dapatkan peningkatan data yang sangat tinggi.

    Terdapat juga pelan RDY (RM68 untuk 30 hari) yang lebih difokuskan untuk gaming dan menawarkan internet berkelajuan tinggi 50GB, panggilan tanpa had dan data tanpa had untuk digunakan sewaktu gaming dengan OGL. Anda juga akan menerima pulangan tunai sebanyak 5% selepas membeli mata wang dalam game.

    Maxis Hotlink – Untuk penstriman dan WFH

    Untuk prabayar, Hotlink menawarkan dua pelan utama dan dua pelan digital. Setiap pelan didatangkan dengan fungsi berlainan untuk golongan pelanggan yang berbeza.

    Pertama, anda boleh dapatkan pelan Hotlink Pantas atau Hotlink Unlimited. Hotlink Pantas memberikan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 8GB hingga 25GB serta panggilan tanpa had selama 30 hari. Anda juga diberikan pilihan untuk membatalkan panggilan tanpa had dan menggantikannya dengan tempoh penggunaan selama 365 hari, di mana ia agak bermanfaat jika anda kerap menggunakan Wi-Fi.

    Hotlink Unlimited pula menawarkan internet tanpa had namun dengan kelajuan yang lebih perlahan. Anda masih menerima panggilan tanpa had, hotspot wayarles tanpa had dan internet berkelajuan tinggi tanpa had pada jam 2:00 pagi hingga 2:00 petang.

    Dua pelan digital pula dikhaskan untuk kegunaan dalam talian iaitu Hotlink Streaming dan Hotlink Work From Home. Hotlink Streaming memberikan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 5GB hingga 25GB dan penstriman berkelajuan tinggi tanpa had pada jam 6:00 pagi hingga 6:00 petang. Ini pastinya amat menarik jika anda kerap menonton video YouTube dan TikTok atau mendengar muzik di Spotify.

    Hotlink Work From Home adalah serupa, namun internet tanpa had hanya dikhaskan untuk Microsoft Teams, Skype, WhatsApp, Zoom dan banyak lagi aplikasi yang digunakan untuk pekerjaan.

    Yes Prepaid – Rangkaian 5G terluas (setakat Disember 2022)

    Tidak seperti tiga syarikat telekomunikasi di atas, Yes adalah syarikat yang lebih kecil dan hanya menawarkan satu pelan prabayar iaitu Yes Prepaid FT5G Unlimited. Satu perkara menarik tentang pelan ini ialah ia menyediakan rangkaian 5G tanpa had sebaik sahaja anda mengaktifkan pelan ini. Memandangkan Yes adalah syarikat pertama yang memperkenalkan 5G di Malaysia, ia adalah pelan terbaik jika anda utamakan 5G.

    Sewaktu anda berada di luar rangkaian 5G, anda masih boleh dapatkan perkhidmatan 4G dengan kelajuan internet 7Mbps. Hubungan 4G ini sah digunakan selama 60 hari. Selain itu, anda akan menerima panggilan tanpa had serta data internet wayarles sebanyak 9GB.

    unifi Bebas – Pelan 5G alternatif dan tiada tempoh tamat

    Pelan unifi Bebas oleh Telekom Malaysia dijual pada harga serendah RM10 yang menyediakan data 4G sebanyak 3GB, panggilan telefon dengan caj 20 sen seminit dan mesej SMS dengan caj 10 sen untuk satu mesej. Anda juga boleh dapatkan tiga jenis tambahan iaitu Bebas2njoy untuk data tanpa had, Data untuk internet kelajuan tinggi dan Voice untuk lebih banyak panggilan telefon.

    Jika anda berminat untuk gunakan 5G, pelan Bebas bulanan (30 hari) menawarkan nilai yang sangat baik untuk RM55 (sekarang promosi pada harga RM35 sahaja). Anda juga boleh dapatkan panggilan telefon selama 200 minit berharga RM20 dan tidak perlu riasi tentang had tempoh panggilan.

    Ini adalah kerana pelan prabayar unifi Bebas tidak mempunyai sebarang tempoh had penggunaan. Ini bermaksud anda boleh kumpul data berkelajuan tinggi dan tempoh panggilan dalam akaun anda dan hanya gunakannya apabila anda memerlukan. Anda hanya perlu gunakan pelan ini secara tetap untuk kekalkan status akaun anda.

    U Mobile Prepaid – Data 4G tanpa had

    U Mobile menawarkan pakej prabayar yang lengkap. Pelanggan ditawarkan dengan tiga pelan 30 hari iaitu Prepaid U25, Prepaid U35 dan Prepaid U40. Semuanya menawarkan data 4G pada kelajuan 3Mbps atau 6Mbps dan panggilan telefon tanpa had.

    Jika anda masih inginkan kelajuan yang lebih tinggi, pelan U25 menawarkan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB untuk sehari dengan jumlah keseluruhan sebanyak 30 jam sebulan. Pelan U35 dan U40 pula menyediakan 5G tanpa had pada hari minggu.

    U Mobile juga menawarkan tambahan untuk hotspot wayarles dan data berkelajuan tinggi.

    Yoodo – Tetapkan sendiri pelan anda

    Yoodo adalah syarikat telekomunikasi yang paling unik kerana mereka tidak menyediakan pelan prabayar. Sebaliknya, Yoodo berkata ia menggunakan model gabungan prabayar dan pascabayar. Anda juga boleh ubahsuai pelan mudah alih anda mengikut keperluan daripada segi data maksimum, suara dan SMS. Pelanggan juga boleh memilih antara kelajuan tinggi atau data tanpa had.

    Sungguh pun demikian, fleksibiliti ini juga mungkin bermaksud anda akan keliru dengan pilihan yang ditawarkan. Jika begitu, Yoodo turut menyediakan pelbagai pelan yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk para pengguna yang mempunyai keperluan berlainan. Semua pelan ini terdiri daripada yang dikhaskan untuk media sosial hinggalah yang memberi banyak waktu panggilan.

    Seperti yang anda boleh lihat, orang ramai mempunyai banyak pilihan untuk melanggan kepada pelan prabayar. Syarikat telko besar menyediakan faedah yang jelas dan rangkaian luas, namun kami masih mencadangkan anda untuk gunakan Yoodo jika anda ingin fleksibiliti harga atau Yes untuk rangkaian 5G.

    Pelan manakah yang anda akan gunakan? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    U Mobile lancarkan U Home 5G CPE Bundle dengan “router” percuma bermula RM68/bulan

    U Mobile hari ini telah mengemas kini pelan jalur lebar U Home 5G dengan U Home 5G CPE Bundle baharu pada harga...

    realme 12 5G akan dilancar di Malaysia pada 25 Mac 2024

    Melalui halaman rasmi realme di Facebook, syarikat itu akan melancarkan realme 12 5G pada 25 Mac 2024. Untuk makluman anda, peranti ini...

    OPPO Reno11 F 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 7050, kamera 64MP & IP65 berharga...

    OPPO Malaysia telah melancarkan telefon pintar OPPO Reno11 F 5G ke pasaran Malaysia, menampilkan persediaan tri-kamera ultra-jelas 64MP dan paparan AMOLED 120Hz...

    BYD e2 Glory Edition dilancarkan, jarak perjalanan 405km bermula ~RM58,682

    Pengeluar kereta elektrik (EV) global terkemuka, BYD telah melancarkan hatchback e2 Glory Edition baharu. EV baharu ini didatangkan dengan tanda harga yang...

    “Grand Finals” PMSL SEA Spring 2024 diadakan di Tropicana Gardens Mall, PJ hari ini

    Saingan peringkat liga PUBG MOBILE Super League Southeast Asia Spring 2024 telah berakhir pada 10 Mac 2024 di mana 16 pasukan teratas...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X