More

    Pelancaran Acer C250i – Projektor Auto Potret LED pertama di dunia pada harga RM1,699

    Selain memperkenalkan jenama produk terkini Acer Spin 3 dan TravelMate P614, Acer mengeluarkan Acer C250i – Projektor Auto Potret LED pertama di dunia yang didatangkan dengan reka bentuk bergulung unik. Ini membolehkan pemaparan dilakukan pada dinding, siling atau apa sahaja permukaan tanpa memerlukan pangku atau tripod.

    Menyokong imej indah berdefinasi tinggi 1080p, Acer C250i membolehkan kedua-dua pengguna Android dan iOS untuk menyambung tanpa wayar dengan mudah bila-bila masa. Projektor mudah alih Acer C250i dibina dengan pembesar suara bluetooth yang menyokong Acer TrueHarmony dan bateri 9,000mAh membolehkan keseronokan audio semasa bergerak tanpa had serta tidak tercari-cari soket elektrik.

    Sebagai tambahan kepada sambungan tanpa wayar tersebut, Acer C250i turut memiliki ciri-ciri standard HDMI, port USB Type-C dan Type-A yang menyokong video daripada telefon pintar.

    Acer C250i ini boleh didapati sekarang di kedai dalam talian rasmi dan penjual rasmi Acer di seluruh negara pada harga RM1,699.

    Adakah anda berminat untuk mendapatkan Acer C250i ini? Beritahu di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...