More

    Pelancaran POCO F2 Pro di Malaysia: Snapdragon 865, LiquidCool 2.0, bateri 4,700mAh bermula RM2,199

    Peminat POCO di Malaysia boleh mendapatkan telefon flagship terbaru daripada syarikat itu, POCO F2 Pro, bermula Rabu, 10 Jun. Ia akan dijual dalam dua varian memori iaitu:

    • RAM 6GB + storan 128GB berharga RM2,199
    • RAM 8GB + storan 256GB berharga RM2,599, percuma BlackShark FunCooler

    Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu kelabu Cyber Grey, biru Neon Blue, putih Phantom White dan ungu Electric Purple. Untuk sebuah peranti flagship dengan Snapdragon 865, penyejukan cecair, bateri sebesar 4,700mAh dan skrin 6.67 inci, ia dijual pada harga yang agak berpatutan.

    Finally, the wait is over!POCO F2 Pro will be available in Malaysia on 10th June 2020, starting from RM2,199!6+128GB:…

    Posted by POCO on Rabu, 27 Mei 2020

    Anda boleh baca artikel kami tentang pelancaran antarabangsa POCO F2 Pro di sini. Berikut adalah spesifikasi penuh POCO F2 Pro:

    • Cipset Snapdragon 865 dengan 5G
    • RAM LPDDR5, 6GB atau 8GB
    • Storan UFS 3.1, 128GB atau 256GB
    • Penyejukan LiquidCool Technology 2.0
    • Skrin AMOLED FHD+ 6.67 inci
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera telemakro 5MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera selfie pop-up 20MP
    • Pengimbas cap jari bawah skrin, pemancar infra-merah, NFC, bicu audio 3.5mm
    • Android 10
    • Sokongan untuk 5G, Wi-Fi 6, Super Bluetooth
    • Gorilla Glass 5 di hadapan dan belakang

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki POCO F2 Pro pada 10 Jun nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured