More

    Pelancaran realme 6i di Malaysia: Cipset Helio G80, empat kamera, bateri 5,000mAh bermula RM699

    realme Malaysia hari ini melancarkan realme 6i, sebuah telefon kelas pertengahan pada harga RM699 (3GB+64GB) dan RM899 (4GB+128GB). Telefon pintar kelas pertengahan ini merupakan telefon pertama dalam dunia yang dijana oleh cipset MediaTek Helio G80 yang mempunyai prestasi 17% lebih baik daripada generasi sebelumnya.

    realme 6i juga dilengkapi bateri yang sangat besar, iaitu 5,000mAh. Malah, ini adalah bateri yang paling besar dalam semua barisan produk realme. Ia juga dilengkapi pengecasan pantas 18W Quick Charge.

    realme 6i dilengkapi srkin berukuran 6.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 89.8% dan ruang untuk dwi-kad SIM serta kad memori SD. Varian memori yang boleh didapati adalah 3GB+64GB dan 4GB+128GB.

    Daripada segi kamera, ia dilengkapi empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP dengan pandangan seluas 119°, kamera makro 2MP dengan jarak 4cm dan kamera hitam-putih 2MP. Kamera hadapan pula adalah kamera 16MP.

    Jika anda ingin membeli realme 6i dengan harga yang lebih murah, anda boleh beli di Shopee pada Khamis, 23 April bermula 12:00 tengah malam di mana harga untuk varian 3GB+64GB adalah RM599 sahaja, namun tawaran ini hanya sah selama 24 jam. Manakala untuk varian 4GB+128GB pula akan mula dijual bermula Sabtu, 25 April.

    realme 6i akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih White Milk dan hijau Green Tea. Adakah anda berminat untuk mendapatkan realme 6i? Jangan lupa beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini!

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured