More

    Pelancaran realme X50: Telefon pintar 5G pertama realme lengkap dengan Snapdragon 765G

    Pada hari ini di Beijing, realme telah melancarkan realme X50, sebuah peranti yang menandakan lembaran baru buat syarikat China itu dengan melancarkan telefon pintar 5G-nya yang pertama. 

    Telefon itu dilengkapi dengan cipset Snapdragon 765G, iaitu cipset 5G pertama daripada Qualcomm. Skrin LCDnya pula berukuran 6.57 inci, mempunyai kadar segar semula sepantas 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.48%. Baterinya yang berkapasiti 4,200 mAh juga datang dengan pengecasan pantas 30W VOOC, di mana telefon itu boleh dicaj penuh secepat 60 minit sahaja. 

    Dalam sudut fotografi pula, X50 datang dengan empat kamera di bahagian belakang, terdiri daripada kamera utama 64MP, kanta telefoto 12MP 2x yang berdaya untuk zum hibrid sejauh 5x dan 20x, kanta ultra-lebar 8MP yang mempunyai pandangan seluas 119° dan kanta ultra-makro 2MP. Kamera hadapan juga tidak kurang hebatnya, dengan kanta lebar utama 16MP f/2.0 dan kanta ultra-lebar 8MP 105°. 

    Dalam sidang media untuk pelancaran realme X50, tiga model dan harga telah diumumkan iaitu RAM 8GB + ROM 128GB (2,499 yuan atau RM1,471), RAM 6GB + ROM 256GB (2,699 yuan atau RM1,589) dan RAM 12GB + ROM 256GB (2,999 yuan atau RM1,766). Manakala sebuah Master Edition yang menampilkan corak istimewa pada badan telefon akan dijual dengan harga 3,099 yuan atau RM1,825.

    realme X50 adalah telefon yang sesuai untuk mereka yang ingin memiliki peranti 5G. Akan tetapi, masih tiada tarikh pelancaran atau harga untuk pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat untuk mendapatkan telefon realme X50? Berikan komen anda tentang peranti terbaru oleh realme di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia teknologi.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured