More

    Pelancaran Redmi K30 Pro: Snapdragon 865 dan kamera quad 64MP bermula dengan harga ~RM1881

    Baru sahaja semalam Redmi Malaysia melancarkan Redmi Note 9S kepada pasaran Malaysia. Terkini, siri Redmi yang turut dinantikan, Redmi K30 Pro dilancarkan pada hari ini. Redmi K30 Pro dilancarkan di China melalui laman Weibo. Peranti ini menjanjikan flagship yang berprestasi untuk gaming dan fotografi.

    Peranti ini hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865 bersama RAM LPDDR5 8GB dan ROM 256GB. Peranti turut dilengkapi spesifikasi yang diinginkan oleh semua pengguna teknologi iaitu pengecasan pantas 33W bersama bateri 4700 mAh. Apa yang menariknya, Redmi K30 versi Pro ini muncul dengan ruang wap (vapor chamber) terbesar dalam industri telefon pintar.

    Berkenaan kamera, ia dilengkapi tetapan kamera quad yang dihuni kamera utama 64MP + 3MP (ultra-lebar) + 5MP (telefoto bersama 3x zum optikal, 30x xum digital) dan kamera selfie pop-up 20MP. Tetapan kamera ini turut menyokong penstabilan optikal yang membantu anda merasai pengalaman fotografi yang lancar.

    Redmi K30 Pro pada kali ini hadir dengan edisi asal dan Redmi K30 Pro ‘Zoom Edition’. Redmi K30 Pro hadi dengan varian RAM 6GB + ROM 128GB berharga 2999 yuan (~RM1881), RAM 8GB + ROM 128GB berharga 3399 yuan (~RM2132) dan RAM 8GB + ROM 256GB berharga 3699 yuan (~RM2320).

    untuk Redmi K30 Pro ‘Zoom Edition’ pula, ianya hadir dengan RAM 8GB + ROM 128GB berharga 3799 yuan (~RM2382) dan RAM 8GB + ROM 256GB berharga 3999 yuan (~RM2508).

    Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai keberadaannya di Malaysia. Berkemungkinan jika banyak permintaan daripada pengguna teknologi di Malaysia, Redmi Malaysia bakal membawanya hadir ke pasaran tempatan. Kami akan memaklumkannya dengan kadar segera melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda akan mendapatkannya? Luahkan komen anda di laman Facebook kami.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured