More

    Pelancaran Redmi Note 9S di Malaysia: Snapdragon 720G dan bateri 5,020mAh pada harga RM799

    Terkini, Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 9S di pasaran Malaysia. Mungkin anda bingung kerana pada pelancaran siri Redmi Note 9 Pro baru-baru ini tidak mengeluarkan varian Redmi Note 9S. Ketahui selanjutnya dengan membaca spesifikasi penuh di bawah!

    Redmi Note 9S hadir dengan skrin FHD+ DotDisplay 6.67 inci, cipset Snapdragon 720G, bicu audio 3.5mm, penghubung USB Type-C, bateri 5,020mAh dan pengecasan pantas 18W. Manakala untuk pilihan memori pula terdapat dua varian iaitu RAM 4GB + storan 64GB dan RAM 6GB + storan 128GB.

    Ia juga dilengkapi empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dengan pandangan seluas 119 darjah, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Manakala untuk kamera selfie pula, ia adalah kamera in-display 16MP.

    Redmi Note 9S akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM799 (4GB + 64GB) bermula 1 April dan RM 899 (6GB + 128GB) di mana varian kedua ini akan dibuka pra-jualannya pada 1 April dan jualan pertamanya pada 7 April.

    Walau bagaimanapun, jualan awal eksklusif untuk varian 4GB + 64GB akan dibuka di Lazada sahaja pada 27-31 Mac ini. Selain itu, anda boleh membeli varian 4GB + 64GB dengan harga RM699 jika anda membelinya dalam jualan kilat (flash sale) Lazada pada 27 Mac, jam 12:00am hingga 2:00am. Selepas itu, jualan kilat tersebut akan dilakukan lagi dalam masa yang belum ditentukan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda ingin membeli telefon Redmi terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured