More

    Pelancaran siri Huawei P40: Kamera Ultra Vision Leica dengan AI, bermula pada harga ~RM3,850

    Terkini, Huawei telah melancarkan siri flagship terbaru, Huawei P40, yang terdiri daripada P40, P40 Pro dan P40 Pro+. Daya penarik utama peranti ini adalah dari aspek fotografi dengan slogan iklannya ‘Visionary Photography’, ditambah dengan beberapa spesifikasi tinggi yang menonjol pada peranti ini.

    Untuk siri P40, ia mempunyai Ultra Vision Leica Camera System yang dilengkapi sensor CMOS terbesar dalam dunia. Kamera P40 Pro terdiri daripada empat kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 40MP, kamera telefoto 12MP dan sensor kedalaman 3D.

    Kamera belakang yang terdapat pada P40 Pro.
    Kamera hadapan P40 Pro, yang terdiri daripada kamera 32MP dan sensor kedalaman.

    Bagi P40 pula, ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 16MP dan kamera telefoto 8MP.

    Untuk P40 Pro+ ia mempunyai lima kamera (penta camera), yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 40MP, kamera telefoto 10x 8MP, kamera telefoto 3x 8MP dan sensor kedalaman time-of-flight (ToF).

    Sementara itu, kamera hadapan pula terdiri daripada kamera 32MP, sensor kedalaman dan sensor persekitaran & kehampiran (ambient & proximity sensor).

    Kamera tersebut dilengkapi teknologi AI canggih seperti Professional AI Portrait Photography dan pemprosesan Huawei Golden Snap yang memberikan gambar tercantik setiap pada setiap masa. Untuk P40 Pro pula, ia mempunyai kebolehan SuperSensing Zoom untuk zum sejauh 50x.

    Ketiga-tiga peranti hadir dengan cipset Kirin 990 5G dan sistem operasi EMUI 10.1 berdasarkan Android 10. Perbezaan yang ketara di antara P40, P40 Pro dan P40 Pro+ adalah daripada saiz skrin, di mana P40 mempunyai skrin 6.1 inci dengan resolusi 2340 x 1080, manakala P40 Pro dan P40 Pro+ mempunyai skrin Quad-curve Overflow Display berukuran 6.58 inci dengan resolusi 2640 x 1200 dan kadar refresh 90Hz.

    Selain itu, bateri pada P40 adalah 3,800mAh manakala untuk P40 Pro dan P40 Pro+ pula adalah 4,200mAh. Yang menarik untuk P40 Pro+ ialah ia dilengkapi teknologi pengecasan pantas wayarles 40W, telefon pintar pertama dalam dunia yang memiliki teknologi ini.

    "
    "

    Daripada segi memori pula, P40 dilengkapi RAM 8GB dan storan 128GB, P40 Pro pula mempunyai RAM 8GB dan storan 256GB dan P40 Pro+ pula dengan RAM 8GB dan storan 512GB.

    P40 akan dijual di pasaran Eropah pada 7 April dengan harga €799 (RM~3,850), P40 Pro dengan harga €999 (~RM4,810) dan P40 Pro+ pula akan dijual pada bulan Jun dengan harga €1,399 (~RM6,735).

    Berikut adalah spesifikasi penuh bagi ketiga-tiga peranti di atas:

    Huawei P40

    • Cipset HiSilicon Kirin 990 5G
    • RAM 8GB dan storan 128GB
    • Skrin OLED 6.1 inci
    • Kamera UltraVision 50MP + ultra-lebar 16MP + telefoto 8MP, zum sehingga 10x
    • Kamera selfie 32MP
    • Bateri 3,800mAh, pengecasan pantas 27W
    • EMUI 10.1 berdasarkan Android 10
    • Pengimbas cap jari in-display
    • Kalis air IP53

    Huawei P40 Pro

    • Cipset HiSilicon Kirin 990 5G
    • RAM 8GB dan storan 256GB
    • Skrin OLED FLEX 6.58 inci 90Hz
    • Kamera UltraVision 50MP + ultra-lebar 40MP + telefoto 12MP + sensor time-of-flight (ToF), boleh zum sehingga 50x
    • Kamera selfie 32MP
    • Bateri 4,200mAh dengan pengecasan pantas 40W
    • EMUI 10.1 berdasarkan Android 10
    • Pengimbas cap jari in-display
    • Kalis air IP68

    Huawei P40 Pro+

    • Cipset HiSilicon Kirin 990 5G
    • RAM 8GB dan storan 512GB
    • Skrin OLED FLEX 6.58 inci 90Hz
    • Kamera UltraVision 50MP + ultra-lebar 40MP + telefoto 10x 8MP + telefoto 3x 8MP + sensor time-of-flight (ToF), boleh zum sehingga 100x
    • Kamera selfie 32MP
    • Bateri 4,200mAh dengan pengecasan pantas 40W (berwayar dan wayarles)
    • EMUI 10.1 berdasarkan Android 10
    • Pengimbas cap jari in-display
    • Kalis air IP68

    Masih tiada berita rasmi tentang keberadaannya dalam pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan telefon flagship Huawei ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured