More

    Pelanggan CelcomDigi boleh laporkan kes penipuan melalui pusat khidmat pelanggan dengan mudah

    CelcomDigi Berhad memudahkan pelanggan untuk melaporkan kes penipuan atau aktiviti yang mencurigakan apabila mereka menghubungi pusat panggilan pelanggan Celcom atau Digi. Syarikat ini mengamalkan prinsip yang berpaksikan ACT (Awareness, Compliance, Technology) untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.

    Pilihan untuk melaporkan sebarang kes penipuan telah disertakan dalam menu khidmat pelanggan automatik yang dikenali sebagai Interactive Voice Response (IVR). Pelanggan boleh membuat laporan segera mengenai kes penipuan dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan pada nombor panggilan 019-6011111 untuk Celcom atau 016-2211800 untuk Digi. 

    Pelanggan diberi dua pilihan untuk membuat laporan iaitu:

    • Bagi kes penipuan yang tidak melibatkan akaun bank pelanggan seperti Spam SMS, panggilan penipuan, pautan atau iklan produk CelcomDigi yang mencurigakan, para pelanggan diberi panduan untuk membuat laporan secara dalam talian
    • Bagi kes penipuan yang melibatkan akaun bank pelanggan, mereka dinasihatkan untuk dail 997 bagi melaporkan kes tersebut kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk tindakan lanjut

    Dalam pada itu, CelcomDigi telah melancarkan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 (JAS23) bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di seluruh negara yang bermula di Perlis bulan lepas dengan pelbagai aktiviti pendidikan untuk semua peringkat umur.

    Sebuah risalah anti-scam yang merupakan antara sumber lain telah diterbitkan untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan yang betul untuk mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan. Orang ramai juga boleh memuat turun pelbagai sumber keselamatan internet daripada portal Safe Internet.

    Pelanggan juga boleh melaporkan sebarang kes penipuan di laman sesawang Digi atau Celcom di sini. Ketahui lebih lanjut tentang penipuan di laman sesawang Kekal Selamat atau Awas Always. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...