More

    Pelanggan CIMB Bank di Malaysia boleh tambah kad kredit Mastercard ke Google Wallet

    CIMB Bank Berhad telah mengumumkan bahawa pelanggan Bank di Malaysia boleh menambahkan mana-mana kad kredit CIMB Bank Mastercard ke Google Wallet mulai 15 November 2022. Pembayaran tanpa sentuh ini boleh dilakukan melalui Android, Wear OS, aplikasi dan laman web.

    Google Wallet juga boleh digunakan untuk membayar transaksi di luar negara selagi kad kredit pelanggan didayakan untuk transaksi merentas sempadan. Di samping itu, Bank tidak lama lagi akan membolehkan kad kredit Islamic Mastercard pada platform pembayaran.

    Samir Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna Kumpulan Kumpulan CIMB mengatakan bahawa pihak CIMB tidak sabar untuk memperkenalkan penawaran digital yang lebih inovatif seperti penyelesaian tanpa tunai selaras dengan tumpuan pada Sentrisiti Pelanggan sebagai sebahagian daripada pelan strategik Forward23+ Bank.

    Menurut laporan e-Conomy SEA 2022, pembayaran digital semakin popular dan dijangka mencecah hampir $200B dalam nilai transaksi kasar di Malaysia menjelang 2025seperti yang dikatakan oleh Marc Woo, Pengarah Urusan, Google Malaysia. 

    Dari 15 November 2022 hingga 28 Februari 2023, CIMB akan menjalankan kempen di mana pelanggan CIMB yang membelanjakan minimum RM100 setiap transaksi menggunakan kad kredit CIMB Bank Mastercard mereka melalui Google Pay akan mendapat pulangan tunai RM10. Setiap pelanggan hanya layak untuk satu transaksi pulangan tunai setiap bulan sepanjang tempoh kempen dengan jumlah maksimum sehingga RM40.

    Selain itu, jika telefon pelanggan pernah hilang atau dicuri, mereka boleh menggunakan fungsi “Cari peranti saya” untuk mengunci peranti mereka dengan serta-merta dari mana-mana sahaja. Ini dapat melindunginya kata laluan baharu atau mengelakkan maklumat peribadi daripada didedahkan.

    Untuk bermula, pelanggan boleh memuat turun Google Wallet di Google Play Store. Kemudian, anda boleh klik pada ‘Tambah ke Wallet’ dan ikut arahan untuk memasukkan dan mengesahkan butiran kad kredit. Setelah seelsai, pelanggan boleh mula membayar di kedai yang menerima pembayaran tanpa sentuh melalui Google Pay dengan hanya satu klik. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...