More

    Pelanggan sooka dan NJOI kini boleh akses 5 saluran FAST baharu daripada Astro

    Semua pelanggan sooka dan NJOI kini boleh mengakses lima saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) tanpa bayaran tambahan iaitu Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral dan Travel & Taste.

    sooka menyediakan satu pengalaman sempurna tanpa sempadan pada mana-mana peranti yang disambungkan dan sesuai untuk hiburan pada bila-bila masa (on-the-go). Manakala NJOI adalah perkhidmatan TV satelit prabayar premium percuma (freemium) pertama di Malaysia.

    Tambahan baharu kepada sooka dan NJOI ini bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan pilihan hiburan yang pelbagai tanpa caj tambahan. Dicipta oleh Astro, saluran-saluran baharu FAST boleh diakses melalui NJOI Box untuk para pengguna NJOI dan peranti mudah alih serta TV pintar untuk pengguna sooka. Lima saluran FAST daripada Astro adalah:

    • Filem Mantap (NJOI CH131)
    • Drama Hebat (NJOI CH132)
    • Drama Hotpot (NJOI CH133)
    • Lawak Sentral (NJOI CH134)
    • Travel & Taste (NJOI CH135)

    Pelanggan yang berminat boleh menonton kesemua 15 saluran FAST ini secara percuma selepas mendaftar dengan sooka dan jika mereka menginginkan lebih banyak kandungan premium, mereka boleh melanggan sooka dari hanya RM12.90.

    Pelanggan NJOI sedia ada yang ingin mengakses lebih saluran pula boleh membeli Pek Family NJOI yang menawarkan 43 saluran-saluran premium dengan hanya RM29.90/bulan. Kesemua pelan langganan sooka dan NJOI adalah tanpa kontrak dan tanpa komitmen.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured