More

    Pelanggan Unlimited HERO P139 kini boleh gunakan data ‘hotspot’ 50GB dengan harga RM1 setiap bulan

    Hari ini, U Mobile telah mengumumkan sebuah perkhidmatan baru buat pelanggan pelan pascabayar Unlimited HERO P139, di mana mereka boleh mendaftarkan sehingga tiga nombor pascabayar Share 20 untuk berkongsi data hotspot yang termasuk dalam pelan P139 sebanyak 50GB pada harga RM1 untuk setiap bulan dan setiap nombor.

    Selain itu, pelanggan juga boleh memilih di antara kad SIM fizikal seperti biasa atau e-SIM, di mana seorang pelanggan boleh menggunakan pelan pascabayar mereka dalam pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar serta digunakan sebagai titik hotspot atau jalur lebar dalam rumah.

    Memandangkan kita masih lagi berada dalam situasi pandemik, U Mobile turut menganjurkan promosi Device Bonanza RM0.99 yang membenarkan pelanggan untuk membeli telefon baru dengan harga serendah RM0.99 di samping mengaktifkan nombor Share 20 yang baru pada hanya RM1.

    Untuk maklumat lanjut tentang pelan ini, anda boleh layari laman web U Mobile. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured