More

    Pelayar Opera for Android kini papar skor langsung bola sepak terus pada halaman utama

    Opera telah melancarkan kemas kini besar untuk Opera for Android yang memperkenalkan reka bentuk muka utama yang lebih ringkas serta satu ciri baharu berfokuskan bola sepak menjelang kejohanan piala dunia 2026. Rekaan baharu muka utama kini tampil lebih bersih dan minimalis dengan fokus utama pada fungsi carian.

    Opera menyatakan pendekatan ini bertujuan mengurangkan elemen yang dianggap “gangguan” supaya pengguna boleh terus mencari dan melayari dengan lebih pantas. Antara perubahan lain termasuk penggunaan kerta dinding baharu serta reka bentuk Speed Dial yang lebih lembut dan membulat.

    Dalam masa yang sama, Opera turut memperkenalkan hab bola sepak khusus yang dibina terus dalam pelayar. Ciri ini meletakkan pengalaman “live match tracking” terus pada halaman utama tanpa perlu membuka aplikasi lain. Melalui tab Live Scores, pengguna boleh melihat perlawanan secara langsung termasuk skor semasa, barisan pemain, statistik perlawanan dan perkembangan semasa.

    Pengguna juga boleh memilih mana-mana perlawanan untuk melihat maklumat lebih terperinci seperti analisis permainan dan data head-to-head. Ciri notifikasi turut dipertingkatkan yang membolehkan pengguna menerima amaran untuk aksi penting seperti sepak mula, jaringan gol, kad merah dan tamat perlawanan berdasarkan pasukan kegemaran.

    Opera turut menekankan integrasi kandungan bola sepak ini sebagai sebahagian pengalaman pelayar, bukan aplikasi berasingan dengan tujuan memudahkan pengguna mengikuti kejohanan besar tanpa perlu bertukar aplikasi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Opera

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...