More

    Pelbagai syarikat teknologi ingin kerajaan benarkan kapal asing baiki kabel internet dasar laut

    Pada November 2020, kerajaan Malaysia telah membatalkan hak kapal asing untuk membaiki dan memasang kabel internet dasar laut di perairan Malaysia, bagi mengutamakan peluang kepada syarikat perkapalan tempatan.

    Kini, beberapa syarikat teknologi ternama seperti Facebook, Google, Microsoft dan Amazon ingin bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membenarkan semula kapal negara asing untuk membaiki kabel internet dalam perairan tempatan. Sebelum, mereka telah cuba berunding dengan kerajaan bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin namun tiada kata sepakat berjaya dicapai.

    Syarikat-syarikat ini telah diwakili oleh persatuan Malaysia Internet Exchange (MyIX) yang berhasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Sabri. Pengerusinya Chiew Kok Hin mengatakan industri perkapalan tempatan masih tidak mempunyai kepakaran yang cukup untuk membaiki kabel dasar laut.

    Beliau juga berharap dengan membenarkan kapal asing untuk beroperasi di perairan Malaysia, ia turut membangunkan industri perkapalan tempatan melalui pertukaran ilmu serta kemahiran. Buat masa ini, Malaysia hanya mempunyai satu sahaja syarikat yang boleh melaksanakan kerja-kerja pembaikian kabel dasar laut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Edge

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured