More

    Pemandu kereta disaman kerana letak telefon atas paha sewaktu memandu

    Seorang pemandu kereta di Pulau Pinang telah disaman kerana meletakkan sebuah telefon pintar di atas pahanya sewaktu memandu.

    Menurut Candi Wan yang berasal dari Ipoh, beliau sedang bercuti di Pulau Pinang bersama keluarganya dan kakaknya memandu kereta tersebut sambil mengikut pengemudian yang dipaparkan dalam telefon. Peranti tersebut diletakkan di atas pahanya untuk memudahkan pemanduan.

    Sewaktu memandu dalam sebuah bulatan, beliau mengangkat telefon itu seketika untuk menyemak pengemudian dalam telefon. Sejurus selepas itu, seorang anggota polis mengesan tindakan tersebut dan menyuruh beliau untuk memberhentikan kereta.

    Beliau menjelaskan bahawa telefon itu sebenarnya diletakkan di atas paha, namun anggota polis itu menjelaskan bahawa meletakkan telefon di atas paha juga adalah satu kesalahan. Beliau dikenakan saman dan diarahkan untuk hadir ke mahkamah majistret pada bulan Ogos.

    Beliau mengambil gambar isu saman itu dan memuat naiknya ke media sosial, di mana ia telah mendapat perhatian yang tinggi daripada netizen.

    Pihak polis mengingatkan para pemandu supaya menggunakan pemegang telefon (phone holder) sewaktu memandu, agar pemandu tidak terganggu daripada pemanduan. Pemandu juga tidak boleh memegang telefon sewaktu berhenti untuk lampu merah, kerana mereka mungkin tidak sedar jika lampu itu bertukar menjadi hijau.

    Pemandu yang menggunakan telefon sewaktu memandu boleh didenda sehingga RM1,000 (minimum RM300) atau dipenjara selama tiga bulan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured