More

    Pembayaran BPN 2.0 fasa pertama mula dibuat pada 26 Oktober

    Untuk rakyat Malaysia yang mendapat kelulusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, pembayaran fasa pertama akan mula dibuat bermula pada tarikh 26 Oktober. Pembayaran fasa kedua pula akan dikreditkan bermula pada awal Januari 2021.

    Menurut kenyataan media, keseluruhan bayaran BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion akan diberi secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020. Pecahan bayaran fasa pertama adalah berjumlah RM4.8 bilion.

    Untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak mendapat BPN 2.0, anda boleh ke laman BPN ini dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda.

    Kenyataan Media YB Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Berkenaan Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Berjumlah RM7.0Bilion Secara Berperingkat Mulai 26 Oktober 2020.16 Oktober 2020.

    Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Jumaat, 16 Oktober 2020

    Jika anda sebelum ini tidak mendapat BPN, anda boleh mengemukakan permohonan baharu bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020 di pautan BPN yang sama. Jika permohonan anda berstatus Tidak Lulus, anda boleh memohon sekali lagi. Jika permohonan anda berstatus Tiada Rekod, anda boleh memilih pilihan ‘Permohonan Baru’.

    Perlu diingatkan bahawa pemohon baharu perlu menunggu sehingga Januari 2021 untuk bantuan ini.

    Adakah anda salah seorang penerima BPN 2.0? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured