More

    Pembayaran Terbuka KTM: RM30 akan dipegang sementara daripada kad debit anda

    Sebelum ini, kami melaporkan tentang sistem Pembayaran Terbuka untuk pengangkutan awam di Malaysia, di mana bagi KTM komuter akan turut menggunakan sistem pembayaran ini pada pertengahan November. Sistem tersebut telahpun beroperasi di Komuter Lembah Klang dan Utara sejak 11 November, dengan KTMB juga menjelaskan cara sistem berfungsi untuk kad debit.

    Dalam akaun rasmi X mereka, KTMB menyatakan bahawa setiap kali seorang penumpang menggunakan kad debit mereka di Pintu Kawalan Automatik (AGC), jumlah sebanyak RM30 akan disimpan secara sementara. Setelah penumpang menggunakan kad mereka kali kedua di destinasi mereka, KTMB akan memulangkan jumlah RM30 tersebut dikurangkan dengan tambang.

    KTMB menambah bahawa pemulangan wang akan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari, bergantung kepada bank yang mengeluarkan kad debit tersebut. Selain itu, jika RM30 tidak dapat dikurangkan dari akaun anda, kad debit tersebut akan disenarai hitamkan oleh sistem.

    Berikut ialah senarai kesalahan dan hukuman yang mungkin anda hadapi:

    Mereka yang disenarai hitamkan kemudian perlu membayar dengan tunai di destinasi stesen KTM mereka. Tambahan pula, kad debit yang disenaraihitamkan tidak boleh digunakan untuk sebarang perkhidmatan KTM Komuter dan perkhidmatan lain di stesen KTM Komuter sehingga penumpang menyelesaikan sebarang tuntutan tertunggak dan denda di kaunter perkhidmatan pelanggan KTM.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...