More

    Pembeli dron di Malaysia perlu dapatkan lesen Pihak Berkuasa Penerbangan untuk terbangkannya

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan memperkenalkan satu sistem baharu untuk memantau aktiviti penerbangan dron di negara ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata ia dinamakan Sistem Pengurusan Trafik Unmanned Aircraft System (UAS) dan dijangka akan mula beroperasi pada November 2023.

    Apabila sistem ini berkuat kuasa, individu yang ingin membeli dron perlu mengemukakan kad pengenalan atau lesen yang dikeluarkan oleh CAAM. Ia bertujuan untuk mengurus keseluruhan aktiviti penerbangan dron sama ada untuk tujuan komersial atau rekreasi.

    Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo, berkata selepas sistem itu disediakan, para pengendali dron perlu menjalani dua peringkat sebelum menerbangkan peranti itu. Peringkat pertama adalah pendaftaran, manakala peringkat kedua pula ialah kelulusan untuk penerbangan yang boleh diperolehi dalam masa sehari sahaja.

    Selain itu, Datuk Seri Wee juga berhasrat untuk meminda Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 bagi menambah baik industri dron tempatan. Ini adalah susulan daripada bilangan pengguna dron yang semakin ramai kerana kebolehan peranti terbang itu untuk mengambil video dan gambar berkualiti tinggi.

    Sungguh pun begitu, penggunaan dron juga berpotensi untuk disalahgunakan dalam pencabulan privasi dan keselamatan awam. Oleh yang demikian, CAAM mengeluarkan Arahan Penerbangan Awam khusus untuk pengendali dron dan menubuhkan beberapa organisasi latihan dron bagi mendidik pengguna dron secara terkawal dan selamat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured