More

    Pembesar suara ‘neckband’ wayarles Sony SRS-NS7 dilancar di Malaysia, berharga RM1,249

    Sony Malaysia hari ini telah melancarkan SRS-NS7, model terbaru dalam siri neckband wayarlesnya. SRS-NS7 adalah pembesar suara neckband pertama di dunia yang ditala oleh Dolby Atmos.

    SRS-NS7 dilengkapi dengan sambungan Bluetooth WLA-NS7 dan boleh disambungkan dengan televisyen BRAVIA XR untuk menghantar audio Dolby Atmos ke pembesar suara. Dengan menggunakan aplikasi 360 Spatial Sound Personalizer, pengguna dapat mengambil gambar telinga dan membuat peta HRTF telinga mereka.

    Kemudian, data pemetaan telinga yang diperoleh akan dimasukkan kembali ke dalam sistem untuk menyesuaikan suara Atmos dengan bentuk telinga dan kepala khusus untuk anda. Walau bagaimanapun, ciri latensi rendah ini hanya berfungsi jika anda menghubungkan ia dengan model TV BRAVIA XR sahaja.

    Selain daripada mempunyai sambungan dengan TV BRAVIA XR, SRS-NS7 juga dapat disambung dengan telefon pintar atau sebarang peranti yang mempunyai sambungan Bluetooth. Anda juga boleh membuat panggilan kerana terdapat dua mikrofon yang disertakan. SRS-NS7 juga dapat menyambung kepada dua peranti sekaligus dalam satu-satu masa.

    SRS-NS7 mempunyai reka bentuk dwi-pemacu yang mempunyai pemacu aktif tunggal dan satu radiator pasif. Kedua-duanya menghadap ke atas untuk kedudukan suara yang tepat. Neckband ini mempunyai kemasan kain dan fleksibel. Ia juga mempunyai rating percikan air IPX4.

    SRS-NS7 mempunyai jangka hayat bateri selama 12 jam. Pengecasan sepuluh minit memberi jangka hayat bateri selama 60 minit. SRS-NS7 berharga RM 1,249 dan pemancar wayarles WLA-NS7 juga dijual secara berasingan dengan harga RM 269. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari laman rasmi Sony.

    Kedua-dua peranti ini tersedia untuk pasaran Malaysia bermula Januari 2022. Pemancar wayarles tersebut boleh digunakan untuk semua fon kepala berjenama Sony. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...