More

    Pembesar suara ‘neckband’ wayarles Sony SRS-NS7 dilancar: Miliki teknologi Dolby Atmos berharga ~RM1,250

    Sony hari ini melancarkan SRS-NS7, model terbaru dalam siri neckband wayarlesnya. SRS-NS7 adalah pembesar suara neckband pertama di dunia yang ditala oleh Dolby Atmos.

    SRS-NS7 dilengkapi dengan sambungan Bluetooth WLA-NS7 dan boleh disambungkan dengan televisyen BRAVIA XR untuk menghantar audio Dolby Atmos ke pembesar suara. Dengan menggunakan aplikasi 360 Spatial Sound Personalizer, pengguna dapat mengambil gambar telinga dan membuat peta HRTF telinga mereka.

    Kemudian, data pemetaan telinga yang diperoleh akan dimasukkan kembali ke dalam sistem untuk menyesuaikan suara Atmos dengan bentuk telinga dan kepala khusus untuk anda. Walau bagaimanapun, ciri latensi rendah ini hanya berfungsi jika anda menghubungkan ia dengan model TV BRAVIA XR sahaja.

    Selain daripada mempunyai sambungan dengan TV BRAVIA XR, SRS-NS7 juga dapat disambung dengan telefon pintar atau sebarang peranti yang mempunyai sambungan Bluetooth. Anda juga boleh membuat panggilan kerana terdapat dua mikrofon yang disertakan. SRS-NS7 juga dapat menyambung kepada dua peranti sekaligus dalam satu-satu masa.

    SRS-NS7 mempunyai reka bentuk dwi-pemacu yang mempunyai pemacu aktif tunggal dan satu radiator pasif. Kedua-duanya menghadap ke atas untuk kedudukan suara yang tepat. Neckband ini mempunyai kemasan kain dan fleksibel. Ia juga mempunyai rating percikan air IPX4.

    SRS-NS7 mempunyai jangka hayat bateri selama 12 jam. Pengecasan sepuluh minit memberi jangka hayat bateri selama 60 minit. SRS-NS7 berharga $300 (~RM 1,250) dan pemancar wayarles WLA-NS7 juga dijual secara berasingan dengan harga $60 (~RM 250). Pemancar wayarles tersebut boleh digunakan untuk semua fon kepala berjenama Sony.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured