More

    Pembesar suara pintar, Xiaomi Mi Smart Speaker dilancar di Malaysia, berharga RM209

    Pada hari ini, selain dari pelancaran telefon Redmi 9T dan Redmi Note 9T, Xiaomi juga turut memperkenalkan pembesar suara pintar, Xiaomi Mi Smart Speaker.

    Xiaomi Mi Smart Speaker ini hadir dengan pembesar suara 12W yang menghadap ke arah hadapan dengan pemicu bunyi 63.5mm. Ia juga menyokong DTS Customized Sound yang memberikan pengalaman pendengaran bunyi yang lebih sedap.

    Pembesar ini hadir dengan reka bentuk minimalis dengan binaan besi yang menawan. Ia juga mempunyai panel sentuh dengan bulatan lampu LED pada bahagian atasnya.

    Selain itu, Mi Smart Speaker ini juga hadir dengan sokongan Google Assistant dan bulatan lampu LEDnya akan menyala dengan warna yang berbeza apabila Google Assistant diaktifkan.

    Mi Smart Speaker dijual pada tanda harga RM209 dan mula dijual secara dalam talian di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee serta kedai fizikal Mi Store dan peruncit lain.

    Adakah anda bakal membeli pembesar suara pintar dari Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured