More

    Pemeriksaan kenderaan Puspakom kini lebih pantas dengan bantuan AI

    Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) memperkenalkan sistem pemeriksaan kenderaan baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan Keymag Sdn. Bhd. ini berfungsi mengautomasikan pengesanan komponen dan kerosakan kenderaan menggunakan analisis imej pintar.

    Melalui integrasi teknologi, sistem dapat mengesan kecacatan seperti kakisan, kebocoran minyak, kerosakan sistem brek, kecacatan gandar dan kerosakan struktur dengan lebih konsisten. Bagi pemeriksaan bawah kenderaan, penggunaan AI memendekkan tempoh proses daripada 10 minit kepada kira-kira satu minit iaitu pengurangan hampir 90 peratus daripada masa asal.

    Sistem ini turut menjana rekod pemeriksaan digital bagi tujuan ketelusan dan rujukan jika timbul sebarang pertikaian dapatan. Puspakom juga sedang bekerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk membangunkan ASTRA iaitu penyelesaian AI bagi pemeriksaan bahagian atas kenderaan.

    Keupayaan mengesan kerosakan tayar berasaskan AI turut dirancang untuk pengenalan akan datang. Menurut Puspakom, kesemua inovasi berasaskan AI ini akan dilaksanakan secara berperingkat di fasiliti mereka dalam tempoh 24 bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...