More

    Pengguna EV kini boleh cari stesen pengecasan melalui aplikasi Waze

    Bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), Waze kini membolehkan anda mencari stesen pengecasan EV berdekatan secara terus melalui aplikasi tersebut. Untuk mengaktifkan ciri ini, pergi ke bahagian Vehicles details di halaman Settings, kemudian pilih Electric Vehicles dan anda boleh memilih jenis stesen pengecasan yang sesuai dengan kenderaan anda.

    Walau bagaimanapun, menurut sumber, Malaysia belum disenaraikan sebagai negara yang menyokong ciri ini sepenuhnya. Namun, ada pengguna tempatan yang telah berjaya mengaktifkan ciri ini dan menunjukkan bahawa ia mungkin sedang diperkenalkan secara berperingkat di negara ini.

    Ciri pencarian stesen pengecasan EV ini sebenarnya telah diperkenalkan pada Mac tahun lalu untuk pengguna di luar negara. Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih jenis plug pengecasan seperti Tesla, GB/T, Type 2 – Mennekes dan lain-lain. Setelah memilih jenis yang diingini, senarai stesen pengecasan berdekatan akan dipaparkan di halaman navigasi.

    Menariknya, Waze turut menyertakan penilaian 5 bintang untuk setiap stesen pengecasan bagi memudahkan pengguna memilih lokasi terbaik. Anda juga boleh memilih semua jenis plug secara serentak tetapi disarankan memilih yang sesuai dengan kenderaan anda. Ciri ini memberi kemudahan kepada pengguna EV dalam mencari stesen pengecasan terdekat, pantas dan efisien.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured