More

    Pemilik kereta Hyundai dan Kia kini boleh jejak kereta dengan Samsung SmartThings

    Samsung mengumumkan perkongsian strategik dengan Hyundai dan Kia untuk ekosistem SmartThings awal tahun ini. Kini, mereka telah berkongsi beberapa butiran lanjut mengenainya. Kereta Hyundai dan Kia masa hadapan akan datang dengan sistem infotainmen yang menawarkan kawalan yang lebih maju melalui aplikasi SmartThings.

    Tambahan, pemilik telefon Samsung akan menikmati pelbagai ciri yang kemas. Salah satu fungsi yang terbaik ialah Find. Melalui fungsi Find, anda boleh mencari kereta menggunakan telefon Samsung Galaxy. Aplikasi SmartThings memanfaatkan data mesh Bluetooth LE daripada berjuta-juta telefon pintar Samsung dan membantu anda mencari objek yang dicuri atau tersalah letak.

    Dalam hal ini, pengguna kini boleh menjejaki kenderaan Hyundai atau Kia. Selain itu, anda boleh mengawal peralatan rumah menggunakan aplikasi SmartThings yang sama manakala Quick Panel pada telefon Galaxy anda akan memberikan akses pantas kepada fungsi kereta tertentu termasuk status bateri EV.

    Ketiga-tiga syarikat itu juga sedang mengusahakan ciri penjejakan kesihatan menggunakan kamera dan penderia dalaman kereta manakala ciri kawalan iklim akan mengoptimumkan persekitaran untuk haiwan peliharaan di dalam kereta. Ciri-ciri ini masih dalam perancangan untuk kereta Hyundai dan Kia masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured