More

    Peminat Bleach kini berpeluang memenangi konsol ROG Ally X edisi terhad!

    Jika anda seorang peminat permainan video dan juga peminat setia siri anime Bleach, ini adalah peluang keemasan untuk anda. Bandai Namco Entertainment Asia telah bekerjasama dengan ASUS Republic of Gamers (ROG) dalam satu acara peraduan khas bagi meraikan pelancaran permainan terbaru, BLEACH Rebirth of Souls.

    Dalam peraduan ini, peserta berpeluang memenangi konsol permainan ROG Ally X edisi khas yang direka dengan tema Bleach. Konsol eksklusif ini hadir dengan rekaan kulit khas yang menampilkan watak utama, Ichigo Kurosaki. Peraduan ini bermula pada 28 Mac 2025 (hari ini) dan akan berlangsung sehingga 3 April 2025.

    Berikut merupakan cara penyertaan:

    1. Ikuti laman Facebook rasmi BANDAI NAMCO Entertainment Asia dan ASUS Republic of Gamers.
    2. Like hantaran peraduan di Facebook.
    3. Berikan komen di hantaran tersebut dengan menyatakan Zanpakuto kegemaran anda serta sebab pemilihan anda.

    Peraduan ini hanya terbuka kepada pengikut dari rantau Asia Tenggara yang mengikuti laman Facebook Bandai Namco Entertainment Asia. ROG Ally X edisi khas masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti versi asal. Ia dilengkapi dengan RAM LPDDR5X 24GB, storan PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD sebesar 1TB dan bateri baharu 80Whr.

    Dalam pasaran Malaysia, konsol ini dijual pada harga RM4,299. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ROG Ally X edisi terhad bertemakan Bleach. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peraduan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured