More

    Penambahbaikan pada OxygenOS 12 Beta bagi OnePlus 9 dan 9 Pro, kestabilan aplikasi ditingkatkan

    OxygenOS 12 beta berdasarkan Android 12 untuk OnePlus 9 dan 9 Pro kini hadir dalam versi kedua. Namun, peranti tersebut tidak mempunyai banyak pembaharuan kerana mereka lebih fokus untuk menyelesaikan isu sedia ada.

    Isu perubahan log, gangguan pepijat, jangka hayat bateri dan kelajuan pengecasan dilakukan penambahbaikan dalam kemas kini terbaru. Kemas kini keselamatan (security patch) Google untuk November 2021 turut disertakan.

    Berikut merupakan penambahbaikan yang dilakukan pada OxygenOS 12:

    • Mengoptimumkan kelancaran bar status
    • Jangka hayat bateri dan kelajuan pengecasan dioptimumkan
    • Memperbaiki isu mengenai bar status tidak memaparkan aplikasi
    • Memperbaiki isu kegagalan kecerahan automatik
    • Memperbaiki isu beberapa desktop widget yang dipaparkan secara tidak normal
    • Memperbaiki isu perkhidmatan Awan (Cloud) tidak dibuka dalam Nota (Notes)
    • Android Security Patch dikemas kini kepada 2021.11
    • Kestabilan sistem yang lebih baik
    • Kestabilan aplikasi kamera dipertingkat
    • Memperbaiki isu bar status tidak memaparkan bateri fon telinga Bluetooth

    Siaran komuniti OnePlus turut menggariskan beberapa isu yang sedang diusahakan oleh pembangun. Selain itu, pelancaran kemas kini ini dijangka secara beransur-ansur.

    Isu yang diketahui:

    • Putar-automatik (auto-rotate) desktop tertunda atas beberapa penggunaan faktor 
    • Isu WLAN terputus secara automatik
    • Aplikasi kamera membeku apabila mengambil video dalam mod 4K 60hz
    • Pemberitahuan untuk sesetengah aplikasi hidup secara automatik
    • Carian Global tidak bertindak balas
    • Aplikasi latar belakang dinyahaktifkan secara automatik di bawah penggunaan RAM rendah

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...