More

    Pencabar baru Twitter, aplikasi Venue daripada Facebook dilancarkan

    Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang berita ini memandangkan Facebook sudah mengumumkannya pada beberapa hari lalu. Namun, mungkin masih ada yang tidak menyedarinya. Facebook telah melancarkan aplikasi Venue sebagai aplikasi perkongsian momen, menambah bilangan aplikasi media sosial yang sedia ada.

    Apabila ditelusuri pengenalan aplikasi ini, fungsinya kelihatan seperti Twitter, tetapi dengan ciri perkongsian seperti Snapchat. Apa yang menarik adalah Venue merupakan aplikasi skrin kedua yang boleh digunakan semasa anda menonton siaran langsung. Venua memulakan pengalaman skrin kedua ini dengan siaran langsung sebuah acara NASCAR di Amerika Syarikat (AS).

    Melalui mana-mana acara siaran langsung, anda boleh membuka ‘Moments’ anda sendiri dan berbalas komen berkaitan bersama penonton lain. Hal ini berupaya memudahkan pengguna kerana pengguna tidak perlu menatal dan mengambil masa untuk mencari komen yang berkaitan.

    Bayangkan jika anda menonton konsert secara langsung dan boleh membuka ruang untuk berbincang mengenai hal tersebut tanpa perlu melihat perkara lain yang tidak berkaitan. Venue dilihat bakal mewujudkan elemen sosialnya yang tersendiri.

    Aplikasi ini sudah mula tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna iOS dan Android di AS. Namun, ia mungkin mengambil masa untuk hadir di Malaysia dan negara-negara lain. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Techcrunch

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured