More

    Pendaftaran PMNC MY Summer 2025 kini dibuka, hadiah terkumpul RM10,000!

    PUBG MOBILE National Championship (PMNC) Malaysia kembali untuk edisi musim panas 2025 dan pendaftaran kini telah dibuka. Dari sekarang hingga 15 April, pemain solo dan skuad dari seluruh Malaysia dijemput untuk bersaing dan mungkin, menempah tempat ke peringkat antarabangsa.

    Kejohanan ini bukan sekadar untuk nama sahaja kerana hadiah wang tunai yang disediakan juga lumayan iaitu RM10,000 untuk kategori Skuad dan RM3,000 untuk Solo. Menariknya, dua pasukan terbaik daripada kategori Skuad bakal beraksi di PMSL SEA Summer di Indonesia dan berpeluang ke PUBG MOBILE World Cup 2025 di Riyadh jika menang.

    Tahun ini turut memperkenalkan format baharu untuk kategori Solo untuk memberikan lebih ruang kepada bakat individu untuk menyerlah. Kelayakan akan bermula pada pertengahan April dengan peringkat akhir berlangsung antara 26 April hingga 4 Mei. Antara nama besar dari edisi lalu seperti MAQNA Esports Club dan NEW ERA turut akan kembali.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured