fbpx
More

    Pengalaman sehari bersama OPPO A95 di Genting SkyWorlds Theme Park!

    Baru-baru ini, OPPO Malaysia telah mempelawa TechNave untuk mencuba telefon pintar kelas permulaan terbaru, OPPO A95, di taman tema Genting SkyWorlds Theme Park selama sehari. Telefon ini bukan sahaja mempunyai rekaan cantik, malah dilengkapi bateri besar yang boleh bertahan selama sehari dengan mudah serta modul kamera yang lengkap untuk pelbagai situasi.

    Pertama, mari kita lihat modul kamera yang terdapat pada OPPO A95 di mana ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula ia mempunyai kamera swafoto 16MP yang diletakkan dalam lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin. 

    Kamera utama 48MP itu membenarkan kami untuk mengambil gambar yang cantik sekitar Genting SkyWorlds dengan mudah. Ia mengambil gambar dengan warna yang sangat terang dan sesuai untuk mengambil gambar lokasi-lokasi yang menarik di Genting, daripada bangunan berwarna-warni hinggalah dalam muzium yang mempamerkan fosil dinosaur.

    Untuk subjek yang jauh pula, kamera utama OPPO A95 boleh zum digital sehingga 10x namun saya berpendapat anda perlu hadkan sehingga 5x sahaja untuk kualiti gambar yang masih memuaskan. Dalam mod zum, kamera ini boleh menghasilkan gambar yang jelas walaupun anda sekadar memegang OPPO A95 dan tidak menggunakan tripod.

    Sensor kedalaman 2MP menawarkan mod Portrait yang kemas, di mana individu dalam gambar akan nampak jelas manakala latar belakang pula akan dikaburkan dengan efek bokeh. Potongan di antara subjek dengan latar belakang nampak natural dan gambar ini sangat sesuai untuk dimuat naik ke media sosial. Kami sempat mengambil beberapa gambar Portrait di Genting dan sangat berpuas hati dengannya.

    Jika anda seorang yang meminati fotografi artistik, kamera makro 2MP membenarkan anda untuk mengambil gambar dengan sangat dekat dan boleh hasilkan gambar yang sangat unik.

    Walaupun OPPO A95 adalah telefon kelas permulaan, kameranya masih menawarkan Night Mode bagi memudahkan anda untuk mengambil gambar yang terang pada waktu malam. Secara keseluruhan, mod ini menghasilkan gambar waktu malap yang lebih jelas daripada mod auto namun anda perlu kekalkan fokus dengan lebih lama pada subjek. Ini adalah kerana telefon ini akan mengambil masa 3 atau 10 saat (bergantung kepada tetapan) untuk mengambil gambar.

    Daripada segi video pula, OPPO A95 boleh merakam dalam resolusi 1080p dan kadar bingkai 30fps, manakala kualitinya adalah sama cantik dengan gambar daripada kamera utama. Sungguh pun begitu, apa yang lebih menarik adalah teknologi penstabilan imej elektronik (EIS) yang akan menghasilkan video yang sangat stabil walaupun jika anda merakam sambil berjalan.

    Jadi selepas seharian suntuk mengambil gambar dan video di Genting dengan OPPO A95, bagaimanakah perkara ini mempengaruhi bateri OPPO A95? Mujur, bateri 5,000mAh dalam telefon ini boleh bertahan dengan sangat lama walaupun apabila kami kerap menggunakan kamera yang selalunya sangat membebankan bateri telefon. Malah, kami tidak perlu menghidupkan sebarang mod penjimatan kuasa untuk memanjangkan hayat bateri.

    Selain daripada kamera yang lengkap dan bateri besar, OPPO A95 turut dilengkapi cipset Snapdragon 662, skrin AMOLED 6.43 inci, pengecasan pantas 33W dan perisian ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11. Ia kini boleh dibeli pada harga RM1,099 di laman web OPPO Malaysia dan pengedar-pengedar sah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. Terima kasih kepada OPPO Malaysia kerana sudi menjemput TechNave untuk mencuba peranti ini.

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X