More

    Pengasas Maxis dan Astro, Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun

    Ananda Krishnan, tokoh perniagaan tersohor Malaysia, telah meninggal dunia pada 28 November 2024 pada usia 86 tahun. Pengasas syarikat gergasi seperti Maxis dan Astro ini dikenang sebagai seorang jutawan yang berjaya membina empayar perniagaan dalam telekomunikasi, media dan tenaga.

    Pada April, Forbes menyenaraikan hartawan itu sebagai orang ketiga terkaya di Malaysia selepas tokoh hotel dan hartanah Robert Kuok dan Quek Leng Chan Hong Leong dengan nilai bersih AS$5.1 bilion. Beliau juga seorang dermawan yang banyak menyumbang kepada pendidikan dan masyarakat melalui Yayasan Yu Cai.

    Pemergiannya disahkan oleh Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat pelaburan miliknya. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan ucapan takziah, menekankan legasi dan sumbangan besar Ananda kepada pembangunan korporat serta filantropi di Malaysia.

    Astro Malaysia Holdings turut menyatakan komitmen untuk meneruskan visi yang ditinggalkan oleh beliau sebagai pencetus inovasi dalam dunia penyiaran di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured