More

    Pengecas Apple MagSafe Duo dilancar di Malaysia berharga RM589

    Antara ciri unik dalam siri iPhone 12 yang baru dilancar adalah pengecasan magnetik MagSafe yang berada pada permukaan belakang setiap varian iPhone 12. Di samping pengecas MagSafe Charger yang biasa, kini Apple turut menjual MagSafe Duo Charger berharga RM589 yang boleh mengecas iPhone 12 dan Apple Watch serentak.

    Ia juga boleh digunakan untuk mengecas perumah (casing) AirPods dan lain-lain peranti yang mempunyai pengiktirafan Qi. Untuk pengecasan wayarles yang lebih pantas, Apple mencadangkan pengguna untuk mendapatkan penyesuai tenaga (power adapter) 20W atau 27W yang dijual secara berasingan. Penyesuai 20W boleh meningkatkan pengecasan wayarles kepada 11W manakala penyesuai 27W pula kepada 14W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli pengecas Apple terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured