More

    Pengecas OPPO 50W mini SuperVOOC mula dijual, pengecas kecil berharga ~RM249

    Pada bulan Julai yang lalu, OPPO telah memperkenalkan beberapa teknologi pengecas baharu seperti cas pantas 125W, OPPO 65W AIRVOOC, OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger dan 1120W Mini Flash Charger. Salah satu daripadanya iaitu OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger kini mula dijual di pasaran China pada harga 399 Yuan (~RM249).

    Senipis 1.05cm sahaja, OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger disifatkan sebagai pengecas pantas yang terkecil di dunia setakat ini. Pengecas ini bukan sahaja menyokong protokol pengecasan SuperVOOC, tetapi juga protokol pengecasan lain seperti 27W USB PD (Power Delivery) dan 50W USB PD dengan PPS (Programmable Power Supply).

    Pengecas kecil ini adalah berasaskan teknologi pengecasan pulse charging, dilengkapi dengan pembinaan kawalan ACF (Active Camp Flyback) yang dapat mengesan penukaran voltan sifar dan aliran sifar untuk mengoptimumkan lagi pengecasan.

    Setakat ini, OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger hanya dijual di pasaran China dengan harga 399 Yuan (~RM249). Kami masih tidak mendapat maklumat mengenai keberadaan produk OPPO ini di pasaran Malaysia.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai OPPO; siri OPPO Reno5 telah dilancar di pasaran China!

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...