More

    Pengecasan MagSafe pada iPhone 12 mini hanya 12W sahaja

    Seperti yang kita sudah sedia maklum, siri iPhone 12 dilengkapi cara pengecasan baharu, MagSafe yang boleh mengecas kesemua model sehingga 15W. Namun, terdapat sumber yang melaporkan bahawa MagSafe hanya boleh mengecas iPhone 12 mini sehingga 12W sahaja.

    Menurut tutorial MagSafe yang baru disiarkan oleh Apple, iPhone 12 mini hanya boleh dicas dengan pengecasan wayarles sehingga 12W sahaja bersama sekurang-kurangnya output 9V/2/03A. Untuk model iPhone 12 lain, pengecasan 15W boleh digunakan melalui pengecas USB-C sehingga 9V/2.56A.

    Apple turut menyatakan bahawa sekiranya iPhone 12 disambungkan dengan aksesori Lightning seperti fon telinga (bukan Bluetooth), MagSafe hanya boleh mengecas pada 7.5W sahaja.

    Menurut siaran, anda perlu memastikan MagSafe disambungkan dengan pengecas (adapter) sebelum anda meletakkannya di belakang iPhone 12. Ini untuk memastikan pengesahan kuasa maksimum yang selamat atau tidak. Jika MagSafe sudah melekap di badan iPhone 12 sebelum anda menyambungkannya ke pengecas, anda perlu menanggalkan dan meletakkanya kembali.

    Sebenarnya, tutorial yang dimuat naik oleh Apple adalah bagus untuk pengguna yang masih tidka mempunyai panduan keseluruhan untuk menggunakannya. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai siri iPhone 12 disini!

    Sumber: Apple melalui macrumors

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured