More

    Pengeluaran iPhone 14 Plus dihentikan, iPhone 15 Plus masih dirancang

    Nampaknya, iPhone 14 Plus tidak menjadi pilihan orang ramai walaupun skrinnya besar seperti peranti lain dalam pasaran terkini. The Information melaporkan bahawa Apple telah meminta pengeluaran iPhone 14 Plus dihentikan sementara pasukan pemerolehannya menilai semula permintaan untuk produk itu.

    iPhone 14 Plus tiba di kedai fizikal pada 7 Oktober, tetapi pra-tempah untuk model tersebut dibuka pada bulan September. Apple mengutamakan penghantaran iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max bulan lepas. 

    Sumber rantaian bekalan memberitahu Wayne Ma bahawa Apple telah meminta sekurang-kurangnya pemasang untuk menghentikan pengeluaran iPhone 14 Plus dengan serta-merta. Ma turut melaporkan bahawa dua pembekal Apple untuk bahagian dan pemasangan ke dalam modul yang lebih besar telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 70% dan 90%.

    Ini mungki disebabkan peningkatan kos sara hidup seharian akibat inflasi dan ekonomi global yang lemah. Walaupun ia membawa skrin yang lebih besar dengan harga yang tidak jauh dengna iPhone 14 standard, orang ramai lebih memilih siri  iPhone 14 Pro dengan peningkatan prestasi, sistem kamera yang lebih maju dan sensor yang direka semula.

    Namun begitu, Apple berhasrat untuk terus maju dengan varian iPhone 15 Plus pada musim gugur akan datang mungkin dengan hayat bateri yang lebih lama, berharga $200 (~RM944) di bawah model Max dengan saiz skrin yang serupa.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured