More

    Penggodam kini boleh curi maklumat cap jari anda daripada gambar ‘peace sign’

    Kita semua tentu sudah biasa dengan tanda ‘peace sign’ ketika mengambil gambar, iaitu apabila kita mengangkat jari telunjuk dan jari hantu sewaktu menghadap ke kamera. Nampaknya kini para penggodam jahat di internet mampu mendapatkan cap jari anda jika anda memuat naik gambar dengan ‘peace sign’ ke dalam media sosial.

    Menurut Zhang Wei, timbalan pengarah Pertubuhan Industri Keselamatan Informasi Shanghai, penggodam boleh mendapatkan maklumat cap jari subjek jika dia berada sehingga 1.5 meter daripada kamera sewaktu membuat peace sign. Manakala untuk jarak 1.5 hingga 3 meter pula, penggodam masih boleh berbuat demikian dengan peluang 50%.

    Bagi mengelakkan kecurian data cap jari anda, Zhang menasihatkan pengguna agar tidak membuat peace sign atau sebarang gaya tangan yang boleh menampakkan cap jari anda dalam lingkungan 3 meter dari kamera. Selain itu, jangan gunakan cap jari anda dalam peranti yang tidak dipercayai, tetapkan sistem pengesahan dwi-cap jari (dual fingerprint authentication) dan kata laluan tambahan dalam peranti anda.

    Penggodaman cap jari melalui cara ini telah mula dilaporkan sejak 2017 di Jepun dan juga daripada beberapa kumpulan penggodam Eropah yang mengaku tentang kewujudan penggodaman cara ini.

    TechNave berharap agar para pembaca akan terus mengamalkan etika penggunaan internet yang selamat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Yahoo Taiwan, diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured