More

    Pengguna Android lebih berhemah ketika memandu berbanding pengguna iPhone

    Nampaknya, terdapat kajian baharu menujukkan pemandu Android adalah lebih baik berbanding pemandu yang menggunakan iPhone. Kajian ini dijalankan oleh Jerry, sebuah perkhidmatan perbandingan insurans kereta di Amerika Syarikat mendapati bahawa pengguna Android mencapai skor pemanduan selamat dalam kesemua enam kategori kajian.

    Ini termasuk skor keseluruhan, gangguan, kelajuan, pusingan, pecutan dan brek. Sebagai rujukan, kajian itu menganalisis tabiat pemanduan 20,000 pemandu di Amerika Syarikat sepanjang 13 juta kilometer dalam tempoh 2 minggu.

    Antara perkara yang menarik daripada kajian ini adalah pengguna Android mencapai markah yang lebih tinggi tanpa mengira umur, jantina, status perkahwinan, pendidikan dan penarafan kredit. Selain itu, margin terluas dalam kajian adalah dalam kategori gangguan. Ini bermakna bahawa pengguna Android tidak kerap menggunakan telefon semasa memandu berbanding pengguna iPhone.

    Walaupun ia hanya spekulatif, kajian itu percaya bahawa perbezaan dalam pemarkahan mungkin hasil daripada pemanduan berasaskan peraturan berbanding pemanduan emosi. Kajian telah menunjukkan bahawa pengguna Android lebih teliti dan jujur manakala pengguna memaparkan emosi yang boleh mengakibatkan tingkah laku yang tidak konsisten.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured