More

    Pengguna aplikasi Setel kini boleh bayar menggunakan DuitNow QR

    Aplikasi e-dompet Setel kini menawarkan fungsi pembayaran DuitNow QR untuk para penggunanya. Ini bermaksud Setel boleh digunakan untuk transaksi dengan para peniaga yang membenarkan pembayaran secara pengimbasan kod QR DuitNow dan bukan lagi dengan sistem Setel sahaja.

    Sebelum ini, Setel lebih dikenali sebagai sebuah aplikasi e-dompet yang memudahkan pembayaran di stesen-stesen minyak Petronas. Kini, ia tidak lagi terhad dengan stesen Petronas sahaja dan boleh digunakan sebagai e-dompet di lebih banyak lokasi yang menggunakan kod DuitNow QR.

    Selain itu, pengguna Setel juga boleh saling memindahkan wang dengan e-dompet lain menggunakan DuitNow QR.

    Bagi meraikan fungsi baharu ini, Setel akan menganjurkan promosi di mana setiap pembayaran Setel yang menggunakan DuitNow QR akan menerima mata ganjaran Mesra yang kemudian boleh ditebus sebagai minyak petrol di stesen Petronas atau ganjaran lain.

    Aplikasi Setel boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured