More

    Pengguna Apple di Malaysia boleh muat turun iOS 15, iPadOS 15 dan watchOS 8 pada malam ini

    Buat para pengguna peranti Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch di Malaysia, mereka boleh menerima kemas kini terbaru untuk iOS 15, iPadOS 15 dan watchOS 8 bermula jam 1:00 pagi pada 21 September 2021 (malam ini). Kemas kini ini menawarkan penambahbaikan dalam pelbagai fungsi seperti FaceTime, Live Text, Apple Maps, Apple Wallet dan banyak lagi.

    iOS 15 boleh dimuat turun dalam siri:

    • iPhone 12
    • iPhone 11
    • iPhone X
    • iPhone 8
    • iPhone 7
    • iPhone 6s
    • iPhone SE
    • iPod touch (generasi ketujuh)

    iPadOS 15 pula boleh dimuat turun dalam:

    • iPad generasi kelima hingga kesembilan
    • iPad Air 2
    • iPad Air generasi ketiga dan keempat
    • iPad mini generasi kelima dan keenam
    • iPad mini 4
    • iPad Pro

    watchOS 8 pula boleh dimuat turun dalam siri:

    • Apple Watch Series 3
    • Apple Watch Series 4
    • Apple Watch Series 5
    • Apple Watch Series 6
    • Apple Watch Series SE

    Walaupun ia akan mula ditawarkan pada malam ini, anda boleh jangkakan bahawa kelajuan muat untuk turun kemas kini mungkin akan berlaku dengan perlahan kerana pelayan (server) Apple perlu menyediakan kemas kini kepada jutaan pengguna secara serentak.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...