More

    Pengguna berjaya kupas kulit buah epal menggunakan sisi tajam iPhone 12

    Sementara siri iPhone 12 sedang menanti tarikh rasmi penjualannya di pasaran Malaysia, beberapa negara lain telah boleh mula mendapatkan siri iPhone terbaru itu. Di antara berita yang paling menarik dalam kegembiraan memiliki iPhone 12, terdapat pengguna yang menyatakan tentang ketajaman bucu siri iPhone 12.

    Rekaan sisi bingkai siri iPhone baharu yang lebih bersegi dan didakwa tajam ini menimbulkan pelbagai reaksi pengguna. Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai beberapa tangan pengguna iPhone 12 berdarah kerana bucu telefon. Terkini, terdapat pengguna yang menggunakan sisi iPhone 12 sebagai pisau untuk mengupas kulit buah epal. Menggunakan Apple untuk mengupas epal (rima perkataan yang cantik disitu).

    Untuk pengetahuan anda, Apple melaporkan bahawa rekaan bingkai pada iPhone 12 yang lebih bersegi adalah untuk memperbaik fungsi tahan lasak semasa ianya jatuh.

    Apa pun, kami juga tidak pasti mengenai ketajaman bucunya kerana kami masih menanti kehadiran siri iPhone 12. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita menarik mengenai siri iPhone 12 disini!

    Sumber: mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured