More

    Pengguna Carousell di Malaysia memperoleh RM1,396 secara purata sepanjang PKP

    Sewaktu perkara urus niaga terganggu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, orang Malaysia beralih kepada e-perdagangan untuk menjalankan transaksi jualan mereka. Salah satu platform e-dagang yang semakin rancak sewaktu PKP adalah Carousell yang membantu rakyat Malaysia menjual barang-barang terpakai.

    Menurut laporan terbaru daripada Carousell, rakyat Malaysia semakin aktif menjual dan membeli baragan terpakai daripada Februari hingga Jun 2020. Malah, rakyat Malaysia memperoleh RM1,396 secara purata dengan menjual produk mereka di platform tersebut.

    Barang-barang elektronik adalah antara produk yang paling kerap dicari, mungkin kerana pengguna ingin membeli kelengkapan yang sesuai agar mereka boleh bekerja dari rumah dengan lebih cekap. Selain itu, barang buatan tangan seperti pelitup muka juga dijual dengan laris sepanjang PKP.

    Transaksi untuk permainan video juga meningkat, mungkin bagi mengisi masa lapang sewaktu PKP. Yang menariknya, carian untuk game Animal Crossing mendapat jumlah yang agak tinggi untuk kategori permainan video.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured